MAY LIFE AND DEATH ONLY FOR ISLAM

Tuesday, March 22, 2011

Kesombongan Ikhwan.......

@ukhti : “ana memilih si ikhwan kerana dia cakap lahiriah dan berperawakan berwibawa yang mungkin boleh menjadi imam yang baik kelak bagi ana dan anak2 ana nantinya”.

@Si ikhwan menjawab: “maaf ukhti ane tidak boleh memilihmu”
(wahhh si ikhwan tergamak pulak padahal si ukhti kan juga elok di pandang mata, dan punya sikap feminim lagi, boleh jd bahan tafakur atas ciptaan Allah)

@Ukhti : “ana memilih si ikhwan kerana dia mempunyai kepribadian yang baik dan rajin beribadah pula”

@Si ikhwan menjawab dengan masih jual mahal : “maaf ukhti ane tidak boleh memilihmu”

(haduh..haduh.. padahal mah bagus  kalo ada seorang ukhti yang boleh menilai secara intelisik pribadi seseorang, brerti tu ukhti pengertian akhi dan ngerti juga tentang ibadah…hayooo jgn jual mahal macm itu..)

@Ukhti: “ana memilih si ikhwan walaupun dari segi ekonomi tidak kaya, namun ana yakin akan hidup berkecukupan dengannya”

@Si ikhwan masih dengan jawabannya: “maaf ukhti ane tidak boleh memilihmu”

(Ya Allah… apa sebenarnya ikhwan itu mau..padahal si ukhti dah nrima dia tanpa melihat kekayaan dan harta......grrrrr)

@Ukhti : “ana memilih si ikhwan kerana dia dari keturunan yang baik, dan dia juga merupakan pribadi yang baik di mata keluarga dan masyarakat.

@Si ikhwan yg bebel menjawab: “maaf ukhti ane tidak bolah memilihmu”

(Allahu akbar….ni akhi bner2 nguji kesabaran ane nih..hoss..hoss.. sabarrrr sabarrrr….orang sabar rejekinya lebar)

@Ukhti : “ana memilih si akhi kaerana dia referensi murobi ana, yang punya hafalan quran bagus, akhlahnya best of the best deh...

@Si ikhwan masih kekeh sm jawabannya: “maaf ukhti ane tidak boleh memilihmu”

(kenapa nie akhi …mungkin akhi dah ade pilihan lain kot..tapi saya masih keliru kenapa akhi buta macm nie)

@Ukhti : “ana mencintai si ikhwan kerana Allah mencintainya”

@Ikhwan: :'maaf ukhti ane tidak boleh  memilihmu”

(jrengggggg….-*kenapaaaaaaaa…pppaaaaHhhhh?????….. masih di tolak juga…)KENAPA???


Ikhwan: “tahukah kau ukhti bila kau melihatku dari segi lahiriah saja maka sesungguhnya aku amatlah buruk, kerana aku hanyalah segumpal daging yang ditiupkah ruh di dalamnya, dan bila kau melihat sisi baikku..maka kau tak tahu sisi jelek ku, oleh kerana itu ku tak boleh memilihmu kerana kau menuduhku sedangkan aku tidak seperti itu”

“tahukah kau ukhti jika kau berpendapat kalau aku baik dan ahli ibadah, sesungguhnya kau salah besar, kerana kebaikan itu datangnya dari Allah SWT sedangkan aku adalah makhluk yang jahat yang banyak mempunyai sisi negative jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW yang ma’sum, sedangkan jika kau menilaiku rajin ibadah maka itu menjadi musibah besar bagiku..kerana riya’ akan mengotori kekhusyuanku, maka aku tak tidak boleh memilihmu”

“tahukan kau ukhti, walau kau memaklumi kesikapan keuanganku, aku tak boleh memilihmu kerana kau beranggapan akan hidup berkecukupan denganku. Bererti kau tidak siap untuk hidup susah denganku.
“tahukah kau ukhti, jika kau berargumen aku berasal dari keturunan yang baik dan punya kredibilitas baik dalam masyarakat, maka kau telah menghinaku…kerana kau hanya melihat orang-orang disekitarku dan kau tidak melihat siapa yang menciptakanku, maka dengan berat hati ku tak boleh memilihmu”

“tahukah kau ukhti, jika kau memilihku kerana referensi seseorang, maka maaf..aku tak boleh memilihmu, kerana aku mengharapkan referensi dari Pencipta orang yang mereferensikan aku. Biarpun dia lihat hafalan quranku bagus, tetapi apa bendanya dengan penghafal filosofi2 dari kaum kafir. Aku hanyalah menghafal dan membacanya, namun apakah kau tahu aku sudah boleh mengamalkannya..”

“Dan pertanyaan terakhir yang sungguh sulit untuk ku tolak, namun tahukah kau ukhti. Allah adalah Dzat Yang Maha Sempurna, sedangkan aku mencintai Ia melebihi apapun. Allah 100% sempurna sedangkan aku adalah hamba yang mencintai kesempurnaan itu. Aku takut menafikkan 1% saja untuk menoleh kepadamu ukhti. Jadi, apabila kau fikir aku mencintaimu kerana Allah mencintaimu, maka kau telah berbagi cinta daripada-Nya, oleh kerana itu aku tak boleh memilihmu.


“sebenarnya alasan yang kuharapkan adalah aku mencintai Allah dan Allah maha pengasih yang mempertemukan aku dengan sahabat perjuangan yang sama-sama mencitai-Nya, maka aku mengasihimu sebagaimana Allah mengasihiku”.


Wahhh… dibalik kesombongannya ternyata ada maksud dan tujuannya ya ^_^

No comments:

Post a Comment