MAY LIFE AND DEATH ONLY FOR ISLAM

Friday, April 22, 2011

Orang Tabligh


Orang Tabligh,
Ntah siapa la yang bagi nama, 
Sedangkan kita semua kan sama,
Umat Nabi SAW semuanya, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tak ade, kalau kita tak buat, siapa pula,
tak kan la kerja ustaz dan ulama saja,
Yang kita nih, tak kan nak goyang kaki saje-saje?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh datang,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg tadi segar bugar dah tidur terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerje senang.


Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata tak ade duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong-bondong orang datang.


Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la kutu, Semua nak ditemu,
Nak diajak pd ALLAH  yg SATU.


Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita, Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe-takpe, ALLAH kan ada, Yg Maha Mengetahui, 
yg mana intan, yg mana kaca.


Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat (r. anhum) 
yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.


Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza-beza, Tapi boleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .keluar pulak air mata.


Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,
“Kita sekarang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!
“Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yg rugi? Kan diri sendiri..


Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
memang nak duduk rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yelah..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan) , bila lagi?


Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat, Fikir risau, 
macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat?
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
dan tak mahu pulak jumpa masyarakat,
Just busy buat ibadat, Kalau camtu takde la kita ni “The Best Ummat”.


Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
“Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yg bawa kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yg ALLAH pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?


Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,”I can’t go..sorry!
“Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
“Kalau abg nak pergi jugak, hantar saya blik kampung esok pagi!!
“Heh, orang lelaki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes macam ni memang banyak terjadi, 
Boleh tengok dgn mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!” 
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak kesah, tak ambil peduli,
Ya ALLAH selamatkan lah kami!


Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tak jugak nak kafirkan siapa-siapa, 
Atau sibuk-sibuk pergi minta derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka,
Nak supaya ALLAH redha, masukkan kita dlm syurgaNYA,
Itu saja . . .


Orang Tabligh,
Seluruh dunia . . naik kapal terbang. . pakai selipar jepun sahaja
Ikhlas . . no sponsor . . no subsidy . . passport penuh cop many countries..
Ada yang kerja tukang kebun sahaja . . nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru
sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .
sayangkan anak . . rotan digantungkan..
Sunnah nabi . .bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang. .keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mahu ikut . .
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahteralah jadinya
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mahu ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke Malaysia ni . . .


Orang Tabligh,
Selekehkah, tak ada ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can’t blame the teachers. 
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah . . .
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, 
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism, 
Malaysian, New Yorkers & Palestinians 
duduk makan satu talam in Nizamuddin..


Nukilan : Arwah Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi

Wednesday, April 20, 2011

Warkah Buat Bakal Suamiku.....

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti..  

Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku..Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Bakal suamiku.Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.

Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu.Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana.Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Lelaki Patut Bersyukur

Wahai lelaki...bacalah ini..supaya kamau tahu apa yang patut bersyukur pada Allah di atas   kurniaan seorang mujahidah solehah untuk muWahai lelaki.. . 

Wahai wanita.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu Muslimah bagaimanakah yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Kelak; aku, engkau serta zuriat-zuriat soleh yang akan menuju ke JannahNya.. Destinasi kita sama, hanya satu, hanya itu.. berusahalah.
Kita tak sempurna, tiada yang sempurna. Ye, semua orang tahu itu. Sama-sama kita cuba menuju ke arah kesempurnaan.
Lelaki, terimalah seseorang wanita itu seadanya. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kekayaan, kebijaksanaan, kelebihan serta kehebatan dari wanita tersebut. Cerminlah diri, berpijak pada dunia yang nyata. Apakah kita sudah cukup semua itu untuk memiliki wanita sempurna seperti itu ?
Tetapi lelaki; jika kamu memperolehi ciri-ciri seperti berikut, bersyukurlah. Walaupun diri kamu tak seperti itu, walaupun kamu tak ada seperti yang si wanita itu ada, tapi sebenarnya; itu hadiah terindah dari Allah untukmu.
Bersyukur apabila wanita itu beragama Islam. Bukan sahaja Islam pada nama, bukan sahaja Islam kerana keturunan, malah, yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.
Bersyukur apabila wanita itu menjaga solat lima waktu dengan baik tanpa meninggalkan satu pun tiang agama tersebut serta menjaga solat di awal waktu. Bertambah kesyukuran bila wanita itu mencantikkan ibadatnya dengan solat-solat sunat seperti Solat sunat Dhuha, Solat sunat Hajat, Solat sunat taubat, Solat sunat Tahajud, solat sunat rawatib. Bertuahnya si lelaki bila mendapat wanita seperti ini.
Bersyukur apabila wanita itu boleh membaca Al-quran, mempunyai ilmu tajwid, dapat mengalunkan alunan Al-quran dengan merdu dan baik, faham isi kandungan Al-quran, tahu terjemahan serta tafsir Al-quran tersebut dan sentiasa membaca Al-quran setiap hari. Ramai yang pandang remeh dalam hal ni, ramai yang tinggalkan Al-quran.
Bersyukur apabila wanita itu menutup aurat, menutup kepala, menutup kulit dari terdedah pada mereka yang bukan muhrim sekalipun; sepupu, abang ipar, bapa saudara, adik beradik angkat, jiran, tetamu. Ada wanita yang menutup aurat hanya di luar rumah, tapi memandang remeh tentang aurat dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.
Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang masih suci, masih perawan, masih dara. Ye, ramai wanita zaman ini yang belum berkahwin, tapi mahkota kebanggaannya sudah hilang di ragut oleh lelaki durjana. Lagi malang bila mereka saja suka-suka merelakan menyerahkan dirinya pada lelaki yang bukan suaminya.

Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang berilmu, yang mempunyai ilmu. Benar ilmu bukan hanya pada segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD, tapi segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD itulah sebagai bukti seorang yang berilmu. Bukan setakat itu, tapi teramat bersyukur bila wanita itu juga tinggi ilmu agamanya serta mengamalkannya dengan sempurna. Bertuahnya seorang lelaki bila dapat wanita yang bijak, pandai, cerdik & ilmu agama yang mantap. Lengkap untuk kehidupan dunia akhirat. Ilmu ni bukan untuk kerja je, tapi juga untuk mendidik anak-anak & menguruskan rumahtangga kelak.
Bersyukur apabila wanita itu seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana, tidak meminta berlebih-lebihan dari seorang lelaki & faham akan kemampuanmu. Dalam kata lain, tidak materialistik. Bertuahnya seorang lelaki bila mendapat wanita macam ni kerana kelak; dia tidak akan membebankanmu, tidak menyusahkanmu kerana dia tahu menguruskan perbelanjaan untuk dirinya & juga keluarga walaupun hanya sebanyak itu wang yang ada untuk keluarga. Akan tetapi, ada wanita yang mementingkan diri menghabiskan duit untuk membeli barang kemas & pakaian untuk dirinya saja. Elakkanlah dari wanita sebegini.
Bersyukurlah apabila wanita itu tidak kedekut dan suka bersedekah. Makin banyak duit yang dia ada, makin ringan tangannya memberi kepada orang lain. Sekalipun sikit harta yang dia miliki, bila memandang orang yang lebih memerlukan, dia rela menghulurkan setakat yang termampu walaupun sedikit. Kerana baginya, apa yang dia ada adalah milik Allah, kurniaan Allah, maka seharusnya dia berkongsi kepada orang lain juga.
Bersyukur apabila  wanita itu pandai memasak. Pada zaman moden ini, ramai wanita yang bekerjaya yang tak berminat nak masuk dapur & memasak. Tapi wanita, memasak itu salah satu asset berharga untuk kita mengikat kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.
Biasalah insan yang bergelar hamba Allah, tak lari dari kesilapan. Jika kat situ dia lebih, mungkin kat satu bahagian lagi dia kurang. Walau apa pun, saling melengkapi di antara satu sama lain. terima seadanya.
Apa yang saya cakap kat sini, benda yang paling penting, yang basic yang perlu seorang wanita tu ada. Fikir-fikirkanlah. Dan lelaki, sekali lagi; bersyukurlah. Bila dah dapat yang macam ni, jagalah wanita itu sebaik mungkin, suntinglah wanita itu dengan cara yang sebetulnya, hargailah wanita itu serta berusaha mencapai akhlak setanding wanita ini.
Wahai wanita sekalian, kita di tahap mana sekarang ini ? Apakah kita sudah sama seperti di atas ? atau apakah kita masih jauh lagi ? Kita tahu apa yang kita perlu buat kan ?