MAY LIFE AND DEATH ONLY FOR ISLAM

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Pemuda Nakal

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S sedang berjalan melalui sebuah kampung.Dalam kampung yang di lawati Nabi Isa A.S itu terdapat seorang pemuda yang sangat nakal bernama Qashar.Oleh sebab kenakalan yang melampau itu, apabila Nabi Isa A.S sampai di kampung itu, semua penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S tentang masalah yang mereka hadapi itu.
Penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S dengan berkata “ Seorang pemuda nakal sentiasa menutup air, mengotorkan air dan meludahi air, oleh itu kami harap kamu berdoalah kepada Allah S.W.T supaya pemuda nakal itu tidak dapat kembali ke kampung itu lagi.”
Setelah Nabi Isa A.S mendengar segala penjelasan dari penduduk kampung tersebut, maka Nabi Isa A.S pun berdoa “ Ya Allah, utuslah seekor ular supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi (mati) .”


Dikisahkan bahawa pemuda nakal itu telah menghampiri tempat air untuk menutupnya dengan kain dan dalam pada itu dia membawa bersamanya 3 keping roti dalam bungkusannya, apabila dia telah sampai di tempat air itu maka dating seorang ahli ibadat menghampirinya, yang mana ahli ibadat itu melakukan ibadat tidak jauh dari tempat air tersebut.

Ahli ibadat itu memberi salam sambil berkata “Adakah kamu membawa sesuatu yang mungkin kamu dapat berikan kepadaku, atau kamu tunjukkan sesuatu kepada ku sehingga aku dapat melihat, atau kamu tunjukkan kepadaku bagi aku melihat sabab aku telah merasa bau yang sangat sedap.Saya belum lagi pernah makan sesuatu yang sedemikian.

Apabila Qashar mendengar kata-kata ahli ibadah itu maka dia pun memberikan sekeping roti kepada ahli ibadah itu.Ahli ibadah itu pun mengambil roti tersebut dengan berkata “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qashar.”
Kemudian Qashar memberikan lagi sekeping roti, maka ahli ibadah itu menerimanya dengan berkata “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga.”
Setelah Qashar mendengar segala yang diucapkan oleh ahli ibadah itu maka dia pun kembali ke kampungnya, apabila orang-orang kampung melihat Qashar telah balik semula ke kampung maka mereka pun memberitahu Nabi Isa A.S.

Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Panggil dia ke mari”
Maka merekapun memanggil Qashar ,dan Qashar pun berdiri di depan Nabi Isa A.S.
Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini”
Kemudian Qashar pun berkata “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat air itu untuk membuat kerja seperti biasa, maka seorang ahli ibadah telah menghampiriku maka dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang bau wangi seperti roti yang saya bawa, maka saya pun memberikan kepada ahli ibadah itu satu keeping roti , maka ahli ibadah itu pun berdoa untuk saya, sehingga saya memberikan kepada ahli ibadah itu ke semua tiga keping roti itu.”

Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar bawakan ke mari bungkusan kamu itu”
Maka Qashar pun kembali membawa bungkusannya dan memberikan kepada Nabi Isa A.S.Lalu Nabi Isa A.S pun membuka bungkusan Qashar itu, sebaik sahaja Nabi Isa A.S membukanya maka didapatinya bahawa ada seekor ular hitam telah diikat dengan tali besi.
Nabi Isa A.S berkata kepada ular “Wahai ular hitam”.Lalu ular itu menyambut kata Nabi Isa A.S lagi dengan berkata “Ya Nabi Allah.”

Berkata Nabi Isa A.S lagi “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini”
Berkata ular hitam “Ya memang benar, tetapi telah dating seorang ahli ibadah meminta dari Qashar dan Qashar telah memberikan kepadanya, dan ahli ibadah itu telah berdoa kepada Allah S.W.T sebanyak tiga kali dan tiba-tiba ada malaikat turut mengaminkan, kemudian Allah S.W.T telah mengutus seorang malaikat lalu mengikat aku dengan tai besi.

Setelah Nabi Isa A.S mendengar kata-kata ular hitam itu maka Nabi Isa A.S pun berkata “Wahai Qashar, mulai sekarang kamu buatlah baik, sesungguhnya Allah S.W.T telah mengampuni kamu”
Sebab yang dikatakan walau sebagaimana kita jahat sekalipun Allah S.W.T tetap sayangkan kita.
1. Allah S.W.T tidak memusnahkan kita apabila kita tidak mengerjakan perintahnnya
2. Dia tidak menghentikan rezekinya kepada kita
3. Dia tidak pendekkan umur kita
Allah S.W.T mencipta kita, maka dia itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Cinta Allah S.W.T kepada hambanya adalah 70 kali lebih cintanya seorang ibu terhadap anaknya.
Apabila kita tidak mahu melakukan perintahnya.Allah S.W.T tetap memberikan segala yang perlu kepada seseorang hambanya, tetapi adalah dengan tidak ada berkatnya.Cuba kita bandingkan kalau seorang itu memiliki seekor anjing, apabila anjing itu tidak mahu mendengar kata tuannya dan sebaliknya dia menggigit tuannya, adakah tuannya akan menyimpan anjing tersebut, sudah tentu anjing itu dibunuhnya.

Kalau kita diibaratkan dengan anjing, kita juga harus menerima nasib yang sama dari Allah S.W.T.Inilah yang dikatakan sifat Allah itu Maha penyayang, tidak ada sesuatu yang mempunyai atau menyamai sifat Allah S.W.T
“Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa berterima kasih dengan apa yang kamu rezekikan kepada kami dan janganlah kamu jadikan kami dalam golongan orang-orang yang yang mendapat kemurkaanmu”

Tuesday, May 17, 2011

"Jangan menipu Allah dengan tudung"



Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.


Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.



Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata..